Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

01 December 2016

Keria montok gula melaka

3:53 PM 0 Comments


Resepi: Keria montok gula melaka
Salinan dari: FB Jalilah Jepon
Sumber gambar: FB Maestro Ateh Wan

Bahan-bahan Doh
✔ 1 kilo keledek putih di kukus
✔ 250 gram tepung gandum
✔ 1 sudu teh double action baking powder
✔ 1 sudu teh garam halus
✔ 1 sudu besar butter

Cara- Membuatnya:

1.        Keledek.yang sudah di kukus mixer.campur sekali garam halus dan butter mixer sebati dgn hook yg sesuai agar urat keledek tersangkut pd hook..

2.      Biarkan sejuk sebentar.

3.     Ayak tepung dengan double action.

4.      Bila keledek sudah sejuk.campurkan tepung dan uli sebati...

5.      cuci tangan...sapu tgn dgn minyak timbang doh 50 gram buat rounding mcm doh roti biar licin keliling...kemudian lperkan dan cucuk dibahagian tengah dgn jari yg di saluti minyak terlebih dahulu...

6.      Alas tray dengan plastik dan suusun doh siap...goreng dgn minyak yg bnyk ...dgn api sederhana...smpi doh perang ..

7.     Sejuk sebentar...sebelom disira.

Bahan-bahan Sira
✔ 100 gram gula melaka yg di racik halus
✔ 1 sudu teh gula.putih
✔ 1 ketul gula batu di tumbuk halus....agar cepat cair semua gula
✔ 4 sudu besar air

Cara- Membuatnya:

1.        Campur.semua bahan..masak hingga likat dan berbuih....baru masukkan keria.gaul sebati hingga nampak berkilat..tutup api.

2.      Terus angkat dgn chopstik dan susun di redai....jgn smpi kering..nnti melekit......

3.     Adunan sira untuk 10-12 biji

4.      Xleh goreng sekali.bnyk sb nnti akam melekat 2...

5.      Buat dua kali goreng ....klu sekilo ubi keledek...

✦ RESEPI CUCUR BADAK ✦

3:34 PM 0 Comments


Resepi: CUCUR BADAK
Sumber gambar: FB Nor Rashidah Kamaruddin

Bahan-bahan untuk membuat inti :
✔ 3 cawan kelapa parut putih - saya guna 1 biji kelapa
✔ 2 batang serai *
✔ 2 ulas bawang merah*
✔ 2 sudu besar udang kering - letak segenggam klau suka*
✔ 1 inci kunyit hidup @ serbuk kunyit*
✔ 5-7 tangkai cili kering @ 2-3sudu besar cili kering kisar - ikut pedas*
✔ 1/2 sudu teh jintan manis* - tunbuk halus jintan manis dahulu sebelum dikisar.
✔ 1 sudu kecil garam
✔ 2 sudu besar gula
✔ sedikit daun kunyit (hiris halus) - klau x letak pun boleh
✔ minyak untuk menumis

Cara- Membuatnya:
1. Kisar bahan-bahan bertanda (*).

2. Panaskan minyak. Kemudian tumiskan bahan yang telah dikisar tadi.Masukkan garam dan juga gula..Kacau sehingga agak kering/garing.

3. Masukkan kelapa.Gaul hingga sebati. Kacau selama 10 minit sehingga kelapa benar-benar masak dan sebati.

4. Angkat dan taburkan daun kunyit.

Bahan-bahan untuk kulitnya pula :
✔ 3 cawan ubi keledek yang telah dilecek - Rebus ubi dengan air dan sedikit garam sampai empuk,toskan airnya kemudian lecekkan.Jangan letak air terlalu penuh semasa merebus kerana rasa ubi akan tawar. letak air 3/4 periuk sahaja.

TIPS: Kalau nak beli keledek untuk buat kuih nie..beli yang kulitnya berwarna ungu/merah tapi isi dalamnya warna oren/kuning.Kalau rebus je ubi ni pun dah sedap sebab isinya manis..

✔ 2 cawan tepung selfraising ( tepung naik sendiri )
✔ 1 sudu besar marjerin - untuk jadikan kulitnya garing semasa menggoreng.
✔ 1 sudu kecil garam

Cara - membuatnya:
1. Dalam bekas adunan, masukkan ubi yang telah dilecek tadi dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. Masukkan garam yang telah dibancuh dengan satu sudu kecil air panas.Uli sehingga menjadi doh.Doh akan melekat sedikit di jari, tak mengapa,jangan tambah tepung lagi sebab nanti kulit akan menjadi keras.

2. Celupkan jari dalam minyak masak,ambil sedikit doh ,letakkan inti dan bentukkan.Buat sehingga habis.

3. Panaskan minyak.Gunakan minyak yang sedang sahaja. Jangan terlalu banyak. Goreng kuih tadi sehingga kekuningan.api jangan terlalu kuat supaya kuih tadi masak sekata.

16 March 2014

Kuih Peneram

4:28 PM 0 Comments
Kuih Peneram

400gm gula apong(gula merah)
250ml air
500 tpg beras...

Air dn gula dmsak bsma.. Tapis msok dlm tpg tdi.. Gaul rata2.. Biar smlm2an.. Esok.. Gaul lagi.. Dn bentuk kan ikut citarasa sndiri.. Buat nipis.. Msa mbentuk dn mgoreng mmg mcbar. Greng satu persatu.. Panas kn minyak dulu bru slow kn api stlah mnyak dh panas.. (kalau nk letak bijan dlm bcuhan pn ble)

27 February 2014

Pai Epal Goreng

4:35 PM 0 Comments
Pai Epal Goreng

2 biji epal merah/hijau
4 sudu besar gula perang
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh serbuk buah pala
Roti putih 8 keping
1 biji telur (dipukul sedikit)

Cara-cara
-potong epal dadu kan kecil2
-panaskan pan yang tidak melekat..masukkan epal tadi bsama gula perang..gaul sebati..
-masuk serbuk kayu manis & serbuk buah pala
-masuk sedikit air utk lembutkan epal..masak sampai epal lembut..
-epal dh lembut masukkan pula tepung jagung..kacau sampai likat..tutup api then sejukkan seketika.
-gelek roti sehingga nipis
-oleskan telur atas pmukaan roti then ltak inti epal tadi ditengah
-lipat dua roti tadi dan tekan
hujung roti dengan garfu

-buat sehingga habis, panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana sampai keperangan..

20 February 2014

Karipap

4:35 PM 0 Comments
Karipap

Bahan bahan kulit karipap
1. Tepung gandum 500gm..
2. Tepung beras 4 sudu mkn..
3. Myk masak 3 sudu mkn..
4. Marjerin 4 sudu mkn..
5. Air 200ml..
6. Garam 1/2 sudu teh..

Cara cara..
Masukan tepung gandum dan tepung beras kedalam bekas..

Kemudian panaskan minyak dan marjerin menggunakan api sederhana sampai mendidih kemudian masukan kedalam tepung tadi dan gaul menggunakan tgn..hati hati kerana panas..sebaiknya gaul guna sudu terlebih dahulu..baru menggunakan tgn mulus anda..gaul samapai sebati antara marjerin dgn tepung tadi..setelah itu masukkan air sikit demi sedikit sampai adunan menjadi doh yang lembut..tidak melekat ditgn..masukkan kedalam plastik biar 5 minit..dan boleh lah di karipap kan...selamat mencuba..

14 February 2014

Koci Meleleh

5:12 PM 0 Comments
Koci Meleleh

BAHAN2 UNTUK DOH:-
250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam beli kat tesco
1 1/2 cawan air

BAHAN2 UNTUK INTI:-
1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
1 ketul gula melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan air

BAHAN2 LAIN:-
Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci

UNTUK INTI:-
Kelapa diparut putih.

Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air.

Masak hingga gula hancur.

Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali.

Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut.

Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.

Saya tambahkan tepung gandum sebanyak 3 sudu besar, sebab nak bagi inti melekit. (kat KL susah nak cari kelapa muda )

UNTUK DOH:-
Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas.

Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.

Jika kurang air tambah sedikit lagi.

SANTAN LELEH:
1 kotak santan..
1 sudu garam..
3 sudu besar tepung beras..
2cawan air..

masak semua bahan ini atas api sedehana hingga pekat sejukkan..

secara ringkasnya :- Jerang air dalam periuk , bahagikan doh kepada berapa bahagian yg di kehendaki. Masukan inti, bila air mendidih masukkan doh yg dibulatkan tadi..buat macam nak masak kuih buah melaka.bila doh timbul angkat dan masukkan kan kedalam santan leleh tadi.

bungkus dengan daun pisang ..dah boleh hidang .. he..he tak payah kukus dah..he..he senangkan..

13 February 2014

Cekedis

4:42 PM 0 Comments
Cekedis
Bahan:
1 Bungkus Laksa Kering...
*Jgn Patahkn Terlalu Pendek.Sal Biar Panjangnya Sejengkal.Nnt Time Gaul Dgn Serbuk Perasa,Dia Akan Patah Lagi.Pendek Sgt X Cantik Bila Kita Letak Dlm Peket.

Bhn Gaul..
2 Sd Besar Rempah Kari Daging.(Kaler Lgi Cantik)
2 Sd Besar Serbuk Perencah Hilal
3 Sd Kecil Garam
4 Sd Besar Gula.
==Goreng Kering Rempah.Bila Dh Sejuk,Blend Kering Dgn Bhn2 Yg Lain. Masukkan Semua Laksa Yg Siap Digoreng Dlm 1 Balang Besar.Tuang Bhn Blend.Tutup Balang & Goncang Sampai Semua Bhn Sebati & Rata..

*Guna Rempah Kari Daging Faiza.Lebih Menjamin Halalnya...
* X Letak Nestum & Serbuk Cheese.Jimat Kos & Rasa Tetap Sedap.
*Utk Pic Ni Jual Rm1.50 \ 50gm...
*Ada Satu Lgi Versi,,,50 Sen \ X Sampai 10gm.

Resepi:laksa kering di goreng seperti keropok(minyak kena panas Dan banyak)klu x nnti xkembang.sebelum goreng patah2 kan dalam 2 inchi.guna jenama laksa eka.
Selepas goreng masukkan dalam balang gula2 yg besar goncangkan perisa sehingga rata.

Perisa: cheeze+ serbuk Kari saving babas + sedikit garam. pkai serbuk cheese parmesan.bru ada rsa lmak2 ckit.sy buat 50 gram 1.00

12 February 2014

Kentang Putar

4:45 PM 0 Comments
Kentang Putar
Bahan-bahan:
10 biji kentang - di buang kulit dan di potong kiub
1 sudu kecil lada hitam di tumbuk halus
1/2 cawan fresh milk
garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Rebus kentang dengan sedikit garam
2. Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit kasi hancur
3. Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus dan gebu.
4. Sambil putar jangan lupa masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya

Sos kentang putar (gravy)
Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )
650 ml air
5 sudu besar stok ayam
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang
 40 gm mentega
20 gm tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram • sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat - untuk mendapatkan warna
garam

Cara-cara:
1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.