21 September 2012

Tadika o tadika


Salam Semua,

Mama meya tengah risau nie, tak prepare apa2 pun utk temuduga. Aduiiii, banyak benda perlu diselesaikan di office. Emxpelah, ada rezki inshaALLAH akan dipermudahkan. Kan???kena wat solat hajat dan istikharah nie

Semalam si meya asyik nangis je. Tegur skit, nangis marah nangis, nak ajar (dia nak wat sendiri jer) pun nangissehingga meleleh2 hingus dan air liuraduiii, sehingga pening tahap gaban mama meya..dah la mama meya asyik menggaru jer coz elergic mama..memang dugaan btl laoh ye mesti lama da x tgk muka meya camne kan nie la anak dara mama meya yang sekarang nie da besau, tahun depan da nak g school (4tahun).
Kek tu, bukan besday meya tau..masa nie di rumah sepupu meya a.k.a along mama meya. Sempena jamuan raya dan sambut besday anak sulung kakak kiter-boboi..

Mama meya pun tgh pening nak plh skola apa yang sesuai, bagus dan selesa untuk meya. Adala lebih dari 5 skola yang mama dan ayah meya g cari area putrajaya. Hanya 3 je berkenan di hati mama dan ayah meya iaitu;

Tadika cic (http://cic.net.my/
Tadika Alif ceria (http://alifceria.blogspot.com/

Dan tertambah satu little caliphs (http://www.littlecaliphs.com/

Bila membuat penilaian.. tadika2 di atas nie ada kelebihan dan kekurangannya. Tp kekurang tdk le banyak mana pun. Nie penilaian kiter je tau.. kalau orang lain maybe oklah;

Silibus pengajaran bagi standard-english-islamic yang Nampak paling bagus adalah alif ceria. Yuran bulanan pun tidakla melebihi rm500 (yuran tersebut utk tadika dan day care). Cuma kiter rasa bangunan tersebut agak sempit dan kurang selesa skitlah. Tp so far, takdelah teruk sangat. Cuma, mereka lebih mengutamakan kanak-kanak yang tidak pakai pampers. Tapi, boleh ajar la. Meya nie masih pakai pampers dan susu botol.. emmm.

Bagi yang balance antara keselesaan dan pengajaran memang bagus di CIC. Yuran dia termasuk day care dlm rm500 lebih. Cuma utk day care, mereka suruh bawa tilam, bantal dan selimut sendiri. Cic pun mengutamakan yang tidak pakai pampers.

Tadika vonad plak, pengajaran dia mmg sama seperti tadika under government. ada gak Islamic, tp tidak la seperti cic,alif ceria atau little caliphs.. yuran bulanan memang murah skitlah daripada tadika swasta yang lain iaitu rm200 lebih termasuk day care. Hanya tambah rm30 je untuk iqra. Tadika nie, takde masalah bg anak-anak yang masih pakai pampers. Mereka akan ajar dalam tempoh 2minggu-2 bulan. Susu botol pun xde mslh..

Little caliphs plak, kiter nengok di bangi ajer..lupa plak nak singgah di putrajaya. So far, mmg bagus coz kakak kiter yang duk bangi hantar anak2 dia di little caliphs. Alhamdulillah kedua-dua anak kakak kiter berjaya ditempatkan di sekolah integrasi. So, utk menilai keselesaan tadika di putrajaya tu, kiter tak berani lagi kata apa. Nnt2 la singgah menengok.

Berdasarkan 3 tadika yang kiter da tgk tu, ati memang nak amek cic. Memandangkan yuran dia melebihi rm500, kitorang tak berani nak hantar ke sana coz banyak komitmen lain yang perlu kitorang dahulukan. Almaklumlah, nak masuk umah baru nie banyak benda nak di isikan. Barang2 keperluan pun blm lg di isi. So, pilihan terdekat kami samada alif ceria atau vonad. Tp alif ceria nie kalau bole nak kanak-kanak xpakai pampers..aduiii. dlu mmg meya xnak pakai pampers sgt.. tp dam akin besau nie asyik plak dia nak pakai pampers..dia kata geli..kekekeke..kelakar.. tp tulah, kena ajar lg.. dalam tempoh terdekat..

Oklah semua, panjang plak mama meya berceloteh. Jumpa lg ye!!!


Mama Myra a.k.a Yana/Nana/Kakde (Tomey)

2 comments:

shaki said...

hi. mcm mana ye? dh jmp yg berkenan di hati? taska? sbb sy pn tgh mencari2 nio

Unknown said...

akak. salam. saya terbaca entry akak perihal kindergarten, boleh tak akak tolong saya dan jawab survey saya ni mengenai Keberkesanan senibina tadika dalam kawasan bandar.
Please.
Thank you. Your help is much appreciated.

Free Online Surveys :
http://freeonlinesurveys.com/s.asp?sid=hfmqc7bqe2v5gff168329