01 December 2016

✦ RESEPI CUCUR BADAK ✦



Resepi: CUCUR BADAK
Sumber gambar: FB Nor Rashidah Kamaruddin

Bahan-bahan untuk membuat inti :
3 cawan kelapa parut putih - saya guna 1 biji kelapa
2 batang serai *
2 ulas bawang merah*
2 sudu besar udang kering - letak segenggam klau suka*
1 inci kunyit hidup @ serbuk kunyit*
5-7 tangkai cili kering @ 2-3sudu besar cili kering kisar - ikut pedas*
1/2 sudu teh jintan manis* - tunbuk halus jintan manis dahulu sebelum dikisar.
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
sedikit daun kunyit (hiris halus) - klau x letak pun boleh
minyak untuk menumis

Cara- Membuatnya:
1. Kisar bahan-bahan bertanda (*).

2. Panaskan minyak. Kemudian tumiskan bahan yang telah dikisar tadi.Masukkan garam dan juga gula..Kacau sehingga agak kering/garing.

3. Masukkan kelapa.Gaul hingga sebati. Kacau selama 10 minit sehingga kelapa benar-benar masak dan sebati.

4. Angkat dan taburkan daun kunyit.

Bahan-bahan untuk kulitnya pula :
3 cawan ubi keledek yang telah dilecek - Rebus ubi dengan air dan sedikit garam sampai empuk,toskan airnya kemudian lecekkan.Jangan letak air terlalu penuh semasa merebus kerana rasa ubi akan tawar. letak air 3/4 periuk sahaja.

TIPS: Kalau nak beli keledek untuk buat kuih nie..beli yang kulitnya berwarna ungu/merah tapi isi dalamnya warna oren/kuning.Kalau rebus je ubi ni pun dah sedap sebab isinya manis..

2 cawan tepung selfraising ( tepung naik sendiri )
1 sudu besar marjerin - untuk jadikan kulitnya garing semasa menggoreng.
1 sudu kecil garam

Cara - membuatnya:
1. Dalam bekas adunan, masukkan ubi yang telah dilecek tadi dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. Masukkan garam yang telah dibancuh dengan satu sudu kecil air panas.Uli sehingga menjadi doh.Doh akan melekat sedikit di jari, tak mengapa,jangan tambah tepung lagi sebab nanti kulit akan menjadi keras.

2. Celupkan jari dalam minyak masak,ambil sedikit doh ,letakkan inti dan bentukkan.Buat sehingga habis.

3. Panaskan minyak.Gunakan minyak yang sedang sahaja. Jangan terlalu banyak. Goreng kuih tadi sehingga kekuningan.api jangan terlalu kuat supaya kuih tadi masak sekata.

No comments: