11 February 2014

Fish Ball Homemade

Fish Ball Homemade

resepi
300gm ikan tenggiri atau "yellow fish tail" (paling sesuai) isi nya putih mesti yang fresh
2 sudu kecik tpg jagung
garam secukup rasa..terpulang kalau nak tambah ajinomoto pun blh..tak isi lagi bagus..
1/2 sudu kecik lada sulah
air sejuk (anggaran 1/2 cawan -3/4 cawan) dlm peti - adunan nanti mcm nak buat cucur pisang tu...

caranya
kikis isi ikan mggunakan sudu ceramik...hanya ambil isinya sahaja..
kemudian blend isi ikan hingga hancur
masukkan tpg jagung dan garam serta lada sulah
dah sebati taruk air pula..air ni agak2 ye adunan ni tak likat dan tak lembik sangat..

kemudian keluarkan adunan dan taruk dlm besen kecil..
ambil sikit2 dan baling adunan ni dlm bekas tu..
buat banyak kali sehingga anda rasa adunan ni kenyal dan berkilat serta licin ...
ambil sikit adunan gunakan ibu jari dan jari telunjuk (tgok gambar)..
keluarkan bebola fishball antara dua jari tu
ambil fishball tu guna sudu dan taruk dlm bekas yang diisi air sejuk dengan 1 sudu garam (rendam seketika dlm 15 minit) tgok gambar
barula direbus dlm air mendidih sehingga masak (fishball akan terapung)


selamat mencuba!!

No comments: