Vanila
Butter Cake
Bahan bahan:
230gm
butter (salted) - lembutkan
200gm
telur tanpa kulit (4 biji gred B)
50gm
+ 150gm gula kaster
200gm
tepung naik sendiri - ayak
60ml
susu segar/wholemilk
1
sk vanilla extract
Panaskan
oven pada 170C. Lapik loyang 8x8" dan lenser mentega termasuk di
sekeliling loyang.
Asingkan
kuning dan putih telur. Masukkan putih telur dalam mangkuk dan pukul sehingga
kembang dan tidak jatuh bila diterbalikkan. Masukkan 50gram gula sedikit demi
sedikit sehingga kembang. Ketepikan.
Pukul
mentega dan 150 gram gula sehingga kembang. Masukkan vanilla extract dan pukul
seketika.
Masukkan
telur kuning satu persatu sambil terus diputar.
Masukkan
separuh dari tepung dan kacau dengan kelajuan perlahan. Masukkan susu dalam 2
kali sebelum dimasukkan baki tepung gandum.
Masukkan
separuh dari adunan telur putih dan putar dengan kelajuan perlahan. Masukkan
baki telur putih dan dikaup balik menggunakan sudip sahaja sehingga sebati.
Tuang
adunan ke dalam loyang dan ratakan. Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau
sehingga masak. Boleh kurangkan suhu pada 15 minit terakhir. Biarkan di dalam
loyang dalam 10 minit sebelum disejukkan sepenuhnya di atas redai.
No comments:
Post a Comment