19 October 2015

Tahniah Nash & Oniey



Salam semua,

Just nak update al-kisah konvo adik kiter Nash dan kehadiran insan comel baby Aqil pada 15 Oktober baru-baru ini. Nak cerita yang mana satu erk?? Hikhik.. Camnie, adik kiter Oniey memang nak sangat pergi ke konvo nash. Kononnya, pas konvo nash dia nak ambil kesempatan ajak ke Langkawi.  Memang dah lama sangat dia nak ke Langkawi. Ikutkan, konvo dijangka bulan 8. Tapi nak dijadikan cerita, konvo nash ditunda pada Oktober. Hai, hangin ler oniey coz kebetulan plak tarikh tersebut adalah hampir tarikh due dia bersalin iaitu 18 Oktober.

Kerana mau juga ikut, oniey cuba dapatkan nasihat doctor. So far doctor ok jer if oniey nak anak dia bersurat-beranak owang utara coz kedudukan kepala baby dah berada di tempat yang sepatutnya..hikhik..akhirnya, dia mengalah ler xjoin ke konvo nash. Actually, kiter pun xbagi kata putus kat ma n abah samada nak join atau tidak. Yelah, kiter nie lately  perut asyik mengeras. Risau plak nak travel jauh kan..Tapi, kiter tengok kat WhatApps takde saper bertanya hal konvo nash. Kesian plak kat abah n ma. Terutama yang akan naik pentas nieh..So, kiter pun mengaktifkan diri untuk join ke konvo nash dan bertanya pada adik beradik yang lain.

Along kata dia xboleh join coz cuti dia dah habis guna waktu kecemasan (jaga anak demam). Lagipun sekolah masih buka..Kngah ikutkan ada meeting, dia terlupa tarikh konvo tuh. Walaubagaimana pun, dia cuba ubah tarikh meeting. Abg syah plak, so far dia ok. Cuma Fariz je ada audit katanya.

Pada hari Rabu, barulah kiter tepon Ma n Abah untuk bertanyakan check point untuk kami bergerak. Ma n Abah bagitau tunggu di Genting Sempah and yang memeranjatkan kiter dowang kata nanti kiter and abg syah naik satu kereta ajer ngan Kngah. Pelik plak kiter..yelah, xde plak kngah cakap apa-apa kat kiter. And muat ker?Anak-anak kngah and syahrul sekeluarga lagi..em…xpe, nanti kiter try call kngah ler camne..

Kiter pun tryla roger kngah..waduh, xdapat ler plak..ermm.. Handphone kiter problem kot. Akhirnya, Syahrul yang call kiter suh ambil dia kat ofis fariz and terus ke bangi naik sekali dengan kngah coz Fariz and darwisy xikut ke konvo nash. Kiter pun, ok jela and berdoa janganlah baby meragam serta diberi kesihatan yang baik. Kitorang baru bergerak, syahrul kata xpayah ke bangi coz kngah dah sampai..dowang tunggu kitorang plak..hikhik..Akhirnya, kami satu kereta bergerak ke destinasi pertama.

Abah, ma and eein lama menunggu kitorang. Dalam anggaran jam 1pm, kami bergerak ke Kulim. Alhamdulillah, perjalanan kami dibawah rahmat ALLAH. Sampai Kulim, sebelum mencari homestay kami singgah ke rumah Alang (adik abah). 1st time menjejak kaki di rumah Alang walhal banyak kali Alang ajak ke rumah beliau. Nash dah datang lebih awal ke Kulim coz untuk sesi raptai, ambil jubah and of coz mencari homestay. Alang minta kitorang stay umah dia ajer..tapi kitorang menolak dengan baik coz xmau menyusahkan alang. Ye lah, kami nie ramai. Tapi, nak dijadikan cerita….nash pun bagitau homestay penuh. Hotel plak, jauh sikit la daripada tempat konvo dia..hai, sabar ajelah. Nak tak nak, abah n ma terima jugalah tawaran alang untuk menginap di rumahnya. Huhuhu..kitorang follow ajer..

Sambil berborak, dapat mesej oniey dah di Hospital Selayang. Kami semua dah tak senang hati memikirkan keadaan oniey. Terutama si esha tuh walaupun shahir kata tinggalkan sementara kat jiran dia. Kami semua xlena tidur menunggu status oniey dari masa ke semasa dan akhirnya jam 4pagi camtu kot selamat sudah oniey melahirkan baby boy inshaALLAH diberi nama Aqil seberat 3.1 kg. Alhamdulillah, lega kitorang dan barulah lena sekejap..hikhik.. Memandangkan konvo nash sesi petang, kami tetap gelisah memikirkan keadaan oniey. Harapnya semua ok..

Di sesi konvo, segak bergaya adik kiter..Tahniah nash!! Kiter doakan agar terus berjaya di dunia dan akhirat. Berpanas, berhujan semua ada..Nak jadikan cerita juga, sesi konvo lambat bermula coz menanti VIP tiba. Emm…dugaan..kesian tengok budak-budak tuh. Cair make up. Dah la menunggu di luar dewan. Dalam dewan pun abah n syahrul kata agak panas. Huhuhu.. Kitorang plak g jalan-jalan ke booth cari alas perut and of coz la bunga untuk dihadiahkan pada nash..tapi, banyak dah abis..and dalam 1jam lagi untuk tempahan baru. Ma ajak beli kat jalan besar je. Kiter nie tak larat nak jalan so beli apa ajelah di booth. Ma and kngah ajelah beli bunga kat luar. Kitorang beli bantal yang ada tertera tahniah..Maaflah deq, xlarat  nak berjalan..nanti kiter belanja mamam ye..Dan syukur kami sempat tengok nash beratur untuk mengambil sijil di pentas..

Alhamdullillah hampir jam 5pm selesailah sesi konvo. Kami bergambar kejap, pastu bergegas pulang untuk menyinggah ke rumah oniey. Sampai umah oniey hampir jam 1 pagi..hikhik..ma n abah stay umah oniey sebelum balik Temerloh. Comey betul Aqil..dalam gambar Nampak besau dan matang..bila tengok live, alahai…comey betul!!! Rasa nak gigit2 jer..memandangkan kiter nie kudrat yang tak seberapa..xbrani nak dukung..dapat cubit pipi dia jadilah..dan kami yang 1 kereta terus bergerak pulang coz kngah n syahrul berkerja..





Petang Jumaat plak, mr hubby tetiba demam..meya lah jadi doctor peribadi ayah dia..meya risau hingga menangis tengok ayah dia demam..meyalah letakkan tisu basah kat dahi ayahnya sebab dia xjumpa sapu tangan/napkin. Tisu pun jadilah ye nak..kiter hanya mampu memperhati dan berdoa agar mr hubby cepat sembuh serta janganlah myra berjangkit demam. Dan bertambah rasa hati nie sedih sebab xmampu nak masak/jaga makan minum mr hubby dan meya. Dalam demam, mr hubby just masakkan sosej guna fryer.. sedih hati nie..

Oklah ye, time sambung wat slide jap. Menghilangkan rasa sesak nafas..jerebu teruk hari nie.. tetiba teringat situasi Kulim yang segar di mata dan udara..sekali lagi, tahniah untuk Nash dan Oniey serta terima kasih tak terhingga buat beloved alang coz sudi melayan karenah kitorang.. maaf andai ada terguris hati sepanjang kami di sana..

No comments: