09 October 2015

Berakhirlah minggu Exam Myra



Salam semua,
Dah baca surah Al-Kahfi? Mudah-mudahan Jumaat ini diberi Nur dan Hidayah, rezki yang melimpah-ruah serta keberkatan daripadaNYA. Alhamdulillah, sejak semalam matahari sudah kelihatan. Jerebu kian pergi sedikit demi sedikit. Tidaklah seteruk seperti sebelum ini. Mudah-mudahan terus hilang. Sejak jerebu, memang aktiviti luar kita kurangkan. Terperap kat rumah, ofis dan dalam kereta aje. Hikhik..

Alhamdulillah juga, meya dah selamat menjawab exam yang diadakan mulai 30hb September dan ditunda beberapa hari kerana cuti jerebu hinggalah berakhirnya semalam 8hb Oktober. So far, meya kata senang je kecuali paper BI. Ada yang susah sikit katanya. Huhuhu..yelah, malam sebelum exam ayah dia suh buat latihan dia ngadap  note (setelah beberapa hari dikuarantin pegang note). Mama dan Ayah hanya mampu doakan yang terbaik untuk mu sayang. Walaubagaimana pun, kiter tetap bersyukur dengan ilmu yang teacher curahkan pada myra. Mudah-mudahan ilmu yang bermanfaat ini dapat membantu kamu terus mengejar ilmu dunia dan akhirat ye sayang. Hari nie, merdekalah dia..hikhik..teacher pun dah bagi jadual untuk sesi photoshoot konvo, parent meet dan grand event bagi penutup sesi 2015 nie. Hai, kejap je kan masa nie berlalu.

So far, school meya kali nie memang tidak merisaukan hati kita dalam pembelajaran dia termasuk ad-dinniyah. Jika tadika sebelum nie, memang stress jadinya. Yela, selalu dirumah parent bolehlah buat cam kelas tambahankan. Nie, cam kiter plak jadi cikgu. Perkembangan sekarang nie, (sebelum alahan teruklah) kiter just menambah-nambahkan lagi je ilmu tuh atau repeat apa yang dia dah belajar di tadika. Alhamdulillah, syukur tak terhingga dengan pilihan kami menukarkan myra di sini.

Doa ayah dan mama sentiasa mengiringi kamu sayang.

No comments: