23 October 2014

Nasi Mandy in The House

Salam Semua,

Tidak terlewat kiter nak wish 'happy diwali' istimewa buat teman-teman yang meraikannya. lama x mengadap blog kan.. Hari nie, kiter nak nukilkan resepi Nasi Mandy (menu arab ler plak)..

Kiter nie, memang tak pernah buat menu yang heavy camni. Selalunya, kiter jadi tukang tolong prepare, tukang rasa dan tukang makan..huhuhu..kali nie, atas perkongsian sahabat kiter di ofis nie untuk kiter mencubanya.

Dengan senang ati, semuanya da tertera di kotak rempah nasi mandy nie..dalam kotak nie da ada rempah, beras dan barang tumisan. kiter hanya perlukan Ayam, bawang besau, bawang putih, tomato (memang banyak sikit coz untuk perapan ayam, nasi dan sambalnya) serta daun ketumbar (x isi pun xper..tapi kiter masuk gak). Jangan lupa untuk salad (salad, tomato dan timun). 

https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xfp1/v/t1.0-9/1382350_10204351805691593_895047865769597684_n.jpg?oh=2336f96af25aacecc3e58e8380a15e80&oe=54E7D8E3&__gda__=1421393002_7b03724220aa3b9a0dcd0ebe90a1d978
oklah, malas nak citer banyak..jom nengok resepi yer;

Nasi Mandy Al-Bayt-Ayam
Dalam pack nie ada;
a) Beras Basmathi
b) Rempah Mandy
c) Rempah tumis (kulit kayu manis, cengkih, pelaga dan lumi)

Bahan-bahan yang perlu diprepare sebelum dimulakan;

Beras basmathi-ada dalam pack
Rempah serbuk mandy-ada dalam pack
Rempah tumisan- ada dalam pack
1 ekor ayam (kiter beli 4 bahagian peha)
2 Ulas bawang besar-belah 6 atau 8
10 ulas bawang putih-kisar (tapi kiter kisar 5 untuk ayam dan 5 lagi ketuk jer untuk nasi)
2 batang cili hijau-jangan hiris, buang tangkai jer
minyak untuk menumis dan perapan- kiter guna minyak zaiton
tomato puri-nak senang kelijer, blend ajer anggaran 2-4 biji tomato tanpa air
garam secukupnya
untuk sos;
daun ketumbar
2 biji tomato
7 biji cili padi-kalau nak pedas tambah ler lagi
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil perahan lemon
sedikit garam
salad;
salad, timun dan tomato


Bahan A (Ayam Panggang);
1 ekor ayam
1  1/2 sudu besar rempah mandy
5 ulas bawang putih yang telah dikisar
2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak (kiter gandakan iaitu 4 sudu..saje nak lebih untuk nasi)
2 sudu besar tomato puri

caranya;
- mestila perlu basuh ayam hingga bersih.
- toskan ayam pastu campur jer semua bahan di atas ayam kiter tadi dan gaul sebati.
- perap ayam (kiter perap dalam 15 minit jer)
- pas perap, susun atas tray pembakar, xperlu isi minyak coz dalam perapan tadi kiter da masuk.
- bakar ayam mengikut kesesuaian oven masing-masing. bagi jenis oven kiter elba convection oven-microwave nie suhunya 170'c selama 1jam.
* panaskan dulu oven, pause setelah 30minit. keluarkan dan ambil minyak ayam tu untuk dimasukkan dalam nasi. kemudian terbalikkan ayam dan bakar lagi hingga habis atau telah masak.

selesaila untuk urusan ayam...masa da amek minyak, jom prepare tuk nasi plak. 

Bahan B (nasi mandy);

https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpa1/v/t1.0-9/10440816_10204351619526939_114668113130588141_n.jpg?oh=7087bb0b57ddf485e123610e8cfec07c&oe=54AA73B6&__gda__=1425029084_1b8364897d2bcba3798ec1fc1dc5367f https://scontent-a-kul.xx.fbcdn.net/hphotos-xfa1/v/t1.0-9/10641118_10204351805131579_2276283601450301518_n.jpg?oh=ade0163f978efe72973cba1cff9aa007&oe=54F24C91
1 pack beras-rendam 20 minit, tapi kiter rendam start bakar ayam hingga pause 30 minit tuh dan terus toskan
bahan tumisan-kayu manis, pelaga, cengkih & lumi)
2 ulas bawang besar-dipotong 6-8
5 ulas bawang putih-ketuk hancur sikit
1 sudu besar rempah mandy-kiter habiskan je baki rempah tuh
2 sudu besar tomato puree
600ml air biasa
1  1/2 sudu kecil garam-hubby kata next time wat 2 sudu kecil garam coz bagi rasa masin lagi sikit.. kawan kiter bagi tips guna kiub knorr ayam untuk lagi kick
2 batang cili hijau-next time kiter extra coz xckup weeiii
Minyak ayam di panggang tadi

cara-caranya plak
- masuk minyak dalam kuali/periuk (kiter mix minyak biasa dengan minyak zaiton
- bila minyak da panas, masukkan bahan tumisan tuh n tumis hingga naik bau
- pastu masuk bawang putih, nampak da kekuningan masuk plak bawang besau hingga layu sedikit
- kemudian masuk rempah mandy tu tumis hingga nampak pecah minyak dan masuk tomato puree tadi.
- bila dah sebati masuk 600ml air, kacau hingga mendidih dan tutup api
- beras tu masuk dalam rice cooker dan dicampur dengan bahan yang dimasak tadi.
- isi garam dan 2 batang cili hijau n kacau bagi sebati and on untuk masak
- apabila hampir 80% masuk minyak ayam panggang tadi dan kacau perlahan (tak mo nasi hancur) hingga sebati dan sambung hingga nasi masak sepenuhnya.

https://scontent-b-kul.xx.fbcdn.net/hphotos-xpa1/v/t1.0-9/10348372_10204351806051602_8341488236296224777_n.jpg?oh=878f6b786eb34c5dec7ab7a9e51bb616&oe=54F88807


Bahan C (sos);
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil perahan lemon
1-2 tangkai daun ketumbar
7 biji cili padi
garam secukupnya

cara-caranya;
semua bahan dimasukkan dalam blender dan blend hingga hancur dan sebati. xperlu isi air coz tomato da penuh dengan air.


Bahan D (salad);
3-4 tangkai Salad
1/2 biji timun
3-4 biji tomato

cara-caranya;
basuh dan potong mengikut kehendak kiter..kalau dalam resepi asal;
- 2 biji tomato dan 1 batang timun di potong dadu
- Hiris halus 1 bawang besar dan daun ketumbar
- campur semua bahan dalam mangkuk dan sebatikan dengan sedikit garam dan lada sulah.

siap da boleh ngap...selamat mencuba!!!

No comments: