09 January 2014

Royal Icing

Royal Icing

Kita gunakan royal icing untuk piping. Selepas piping, jika dibiarkan dalam 1 jam dia akan jadi keras.Oleh itu ianya tidak tahan disimpan lama. Bancuh royal icing ini semasa kita hendak menggunakannya sahaja

 BAHAN2NYA:
 Bahan A
 280-300gm gula icing yang telah di ayak.
 Bahan B
1 biji putih telur
 1 sudu teh jus lemon

 Cara2nya:
 Campurkan bahan B dan pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana lebih kurang 2 minit.
Tambahkan Bahan A sedikit demi sedikit dan pukul dengan mixer hingga adunan nampak cantik. Kepekatan icing ini bergantung pada jenis nozzle yang kita hendak gunakan.
Sekiranya kita menggunakan nozzle yang halus, cairkanlah sedikit icing tersebut dengan mengurangkan jumlah gula icing yang digunakan.
 Jika hendak pekat maka lebihkanlah gula icing. Doh tersebut telah sedia untuk digunakan. Terpulanglah pada kita untuk membahagikan mengikut warna yang dikehendaki.

Cara mewarnakan:

Tambah setitik dua warna yang kita kehendaki dan kacau dengan sudu atau spatula hingga warna menjadi sekata. Jangan dedahkan royal icing pada udara jika tidak digunakan. Nanti ia menjadi keras.

No comments: