07 January 2014

Fondant Paste / Sugar Paste

Fondant Paste / Sugar Paste
Bahan A
 15 gm gelatin powder yang halal
 70 ml air
 Bahan B
1 kg gula icing yang telah diayak
 1 biji putih telur
 50 gm glucose ( liquid) cecair yang sangat likat
15m tepung jagung.

Cara-caranya
Campurkan bahan A ke dalam bekas yang tahan panas dan biarkan ia kembang selama lebih kurang 2 minit. Kemudian double boilkan bekas itu untur mencairkan gelatin tersebut.

 Campurkan kesemua Bahan B dan campurkan Bahan A yang telah cair tadi. Pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh yang lembut.

Sapukan tangan dengan tepung jagung (bukan dari sukatan di atas) dan uli doh tersebut bagi mengelakkan ia melekit. Doh tersebut sudah sedia untuk dibentuk.

Sekiranya tidak mahu digunakan terus, simpanlah di dalam plastik supaya tidak terdedah pada udara yang boleh membuatkan ianya keras.

 Jangan simpan didalam peti sejuk. Ianya tahan untuk jangkamasa lebih kurang seminggu. Sekiranya doh telah menjadi keras sedikit, ulilah semula untuk melembutkan doh tersebut.

Sekiranya kita hendak mewarnakan fondant tersebut letaklah pewarna makanan yang dikehendaki dan ulilah fondant tersebut hinggalah warnanya sekata.
Canai nipis dan cetaklah dengan corak yang dikehendaki untuk membentuk gubahan yang kita mahukan.

Bagi mencantumkan kepingan kepingan fondant ini kita kena gunakan royal icing supaya kepingan2 tersebut boleh melekat.

Fondant yang telah dibentuk dengan pelbagai bentuk bunga/corak boleh disimpan lama lebih kurang setahun.


Tidak perlu simpan dalam peti sejuk.

No comments: