11 July 2013

Rezki di Bulan Ramadhan



Hai Semua, Sihat???Bagaimana puasa semalam? berbuka aper? Alhamdulillah semalam puasa dalam keadaan yang dipermudahkan..mudah-mudahan ALLAH permudahkan segala urusan untuk menunaikan ibadah kepadaNYA..ameen...

Em, masa kita kat opis semalam..kita da set nak masak untuk berbuka nie. Sejak duduk umah mertua, memang jarang-jarang beli makanan di luar..Sekali-sekala beli di bazar Ramadhan pun weekand jer..itu pun jarang-jarang... sebab family taman melati berbuka dengan nasi dan lauk pauk..Kalau family Jengka eh, skarang dah temerloh...huhuuhu memang kami suka jalan-jalan ke bazar..kitorang lebih suka makan ringan-ringan seperti murtabak, kuih-muih, roti john..nasi dan lauk memang ma da masak, tapi memang kitorang xusik pun..so, selamatlah untuk bawa ke sahur ye ma..hkhik... so far, membeli di bazar kat kampung xdelah seperti di sini.. kalau beli kat sini, mesti perut tak selesalah..tak pastilah kenapa.. xbersih ker, masak awal sangat ker..ntahlah...so, tu yang jarang-jarang membeli di sini..

berbalik pada menu untuk berbuka..kita pun ingat nak masak ikan kembong asam pedas..menuntut ilmu ngan ma tmn melati & ma temerloh serta cilop sikit resepi kat kakak kiter punya blog dan search kat internet...kita tulis resepi kat sini untuk kiter boleh tengok semula kalau tetiba terlupa resepi..huhuhu...

Bahan-bahannya;

2 ekor Ikan kembong(sederhana)-basuh dengan garam/asam jawa
1 biji bawang merah
1biji bawang putih
1/2 inch halia
1 biji buah keras
1/2 inch belacan (yang nie kita jarang-jarang isi.tapi hari ni kita isi.)
3 sudu besar cili kering (yang telah di blend)-rebus dulu tau!!
1 Bunga kantan
2-3 cawan air
1/2 sudu kecil Pes asam jawa
Segenggam daun kesum
Minyak secukupnya
Garam dan Gula
Tomato/Bendi

Cara-cara Memasak;

Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia, buah keras & belacan. Kemudian masukkan minyak dalam periuk/kuali. Apabila minyak telah panas, masukkan bahan kisar tersebut dan goreng hingga kekuningan dan naik keharuman baunya..huhuhu..cam chef plak yerk!!!

Selepas tu, masuk cili kisar masak hingga garing/minyak pecah dengan api yang perlahan (lama wo nak tunggu...) Kemudian isi sikit jer daun kesum serta pes asam jawa dan kacau. Pastu masuklah air (besarkan sikit api tadi..skit jer tau) sehingga mendidih. Kemudian barulah masuk bunga kantan, ikan kembong tuh dan lebihan daun kesum hingga masak dengan api dapur yang sederhana (lebih kurang 10-15 minitla).

Bila nampak ikan tu da masak, baru lah masuk bendi dan tomato bersama garam dan gula..biarkan mendidih seketika dan tutup api..Boleh dihidang dengan nasi...nyum nyum..eh, poselah...hikhik... kalau mertua kita suka cicah kuah asam pedas dengan roti...sedap katanya.. 

 
Simpan dalam bekasla jawapannya...

---------
Nak dijadikan cerita, ingat tak kita cita yang ofis hubby kiter nie provide makan pada staff dia..

Kita buka jer plastik ada Nasi Putih, Daging Masak Kicap & Ikan masak masam manis.. mak aiiii.. kira campur lauk mama masak ada 3 jenis lauk..amek kawwww... eh xbaikkk Alhamdulillah, rezki ALLAH kan??so, kita tak perlu masak nasi (boleh bawa ke sahur nasi tuh..tu pun masih ada baki)...
 
Pas berbincang ngan mr hubby, jika ofis hubby bagi lauk pauk kita xyah masak. Jimat barang-barang basah..jika ofis bagi mee rebus ke, speggeti ker..baru kita masak...Alhamdulillah, rezki rezki dan rehat-rehat..boleh kita tumpu pada Coklat kiter tuh..huhuhu.. Berbuka kitorang pilih makanan ofis dan yang kita masak bawa ke sahur...Ingat boleh habis lauk tuh..rupanya berlebih gak..so, kita simpan dalam peti beku..wat frozen food..waktu kecemasan boleh guna kan??huhuhu...

Oklah, nak sambung ngaji jap pastu start kelije la...selamat berpuasa semua...

No comments: