28 April 2017

Misi Mencari Taska Waida

Salam semua,

Hari nie, berkesempatan kiter nak update blog nie..huhuhusaje nak stori mori berkaitan waida hari nie..semalam kiter bawa waida g check up. Sepatutnya check up dia pada hari rabu. Disebabkan mr hubby bz meeting pagi petang, so terlupa la nak call pihak KK untuk tunda ke semalam. So, sampai sana kena la teguran ikhlas dari nurse..huhuhu..1st time kot kitorang tercicir temujanji..lagipun, benda yang xdapat dielakkan..xberkesempatan nak hubungi. So, menunggula orang yg telah ada temujanji selesai.. so far ketinggian dan lilitan kepala ok..Cuma berat dia jer..turun ke line kuning..adoiiiii

Ikutkan hari semalam kiter ada kursus..so, disebabkan dah lewat melebihi tempoh kebenaran keluar kampus 4jam sahaja..kiter ambil cuti jela..alang2 juga, mr hubby decide untuk register taska untuk waidaso, jenjalan la cari taska..

Taska pertama memang ramainya budak2.. pengusaha xde, yang ada penjaga..dan masing2 baru katanya..so, apa yang kitorang tanya xtau..kena tanya pengusahabila tengok reaksi waida, dia teruja Nampak kawan-kawan..tapi dia xnak turun..

So, kitorang bergerak ke taska ke-2..so far, taska nie kiter cam berkenan coz parking keluar masuk tu senang. Nampak bersih dan selesa..kitorang parking jer tetiba ada seseorang da keluar menyambut kitorang..fuhpeliknya.. rupanya taska dia ada cctv..dan yg keluar tu pengusaha taska nie..

So far taska nie berdaftar..anak2 akan dibahagikan kumpulan mengikut umur. Setiap cikgu akan dapat 10 orang murid. Bagi setahun ke atas, ada uniform skola..huhuhu..alo3x..mesti comey waida pakai uniform ada buku log harian anak-anak yang akan diisi oleh teacher dan ibubapa.. reaksi waida, dari xmo turun dari dukungan ktier, dia boleh turun skit-skit menjenguk kawan-kawan kat situ..pastu berdiri dekat meja2 tuh..cam dia suka la juga dengan tempat nie...lega hati kiter..

Bayaran pun, kira oklah berbanding kiter hantar taska sementara hari tu..walhal taska yg kiter hantar waida aritu daycare..yang nie playschool dan bila tengok cara pengendalian cam bersistematik la. So, xfikir panjang da..kitorang bersetuju nak hantar waida bulan depan nie (minggu depan la kiranya)huhuhu

Mr hubby tanya kiter, nak cari taska lain lagi ke??? Kiter???okla nie, nanti kiter tengok perkembangan waida camne..jika x ok, baru cari yg lain

Kiter rasa waida da  bersedia untuk ke taska sebabnya Nampak dia nak berkawan, bermainsebab tu kiter rasa yakin nak ke taska berbanding tukar pengasuh


Kakak???suka sangatla tau adik nak g skoolhuhuhu..okla, nak sambung kelijer..xboleh curi masa lama2dah habis tempoh minum2..tatata

No comments: