23 August 2010

My Birthday 2010



Salam Semua,

Birthday kita kali nie lain sikit dari tahun lepas. Tak sambut.. hihihi.. sebab baby kita demam.. Sian anak mama nie. Tapi, ucapan wajib daripada suami tetap ada. Terima kasih abang.. hihihi.. Hadiah??? hihihi.. kena 2x ganda nieh! naper?? jeng jeng jeng.. tunggu....

Tak lupa jua kepada Abah dan Ma, Kakngah, Bngah, Klong dan Onie. Yang xwish kat kiter Syahrul, Nas dan Ein. Nak bagi denda aper ek!!! hihihihi... Xlupa kawan-kawan kita. terima kasih sangat2 dan terharu kerana korang sume masih sudi dan ingat pada kiter nie.. sayang semua.. muahhhh..

Ma cal kiter. tapi masa tuh tengah sibuk-sibuk uruskan myra. Pastu kiter call ma semula. Ma kata, sepatutnya anak-anak dia yang bagi hadiah ke, wish ke kat mak dorang sebab mak dorang yang sakit-sakit dan bersusah payah melahirkan anak-anak dia. huhuhu.. ketawa besau kiter.. bukan apa, baru jer nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga pada ma dan abah kerana melahirkan nana, membesarkan nana dan bersabar melayan karenah nana daripada baby, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, upm, kerja, kahwin dan sehingga kini. sayang ma n abh.. muahhhh...

Kek di rumah ader lagi coz 15hb nie gak birthday ayah kiter. Selamat Hari Lahir Ayah. Semoga bahagia hingga akhir hayat dan sentiasa dibawah rahmat ALLAH S.W.T. tapi xcapture gambar ayah coz ayah xnak. Gambar kek je ader. Tapi pada abang... huhuhu.. banyak betul tapinya!

Kami ke Pusrawi pada 21hb Ogos 2010. Sampai sana, ramai juga orang. Abang minta terus jumpa pakar. Xla lama sangat walaupun mereka utamakan yang buat temujanji dulu. Sampai sana, doktor kata Humaira campak. Dalam fikiran kiter nape plak nak campak Humaira. Waras ke tak doktor nie. Kata doktor pakar. Doktor tu tengok kiter cam pelik kot. Dia kata nie da keluar ruam-ruam kecil nie demam dia da say bye! bye!. hihihi.. o... baru kiter faham. Yelah, kepala otak nie da risau dengan myra makin susut. makan xnak.. susu kurang.. erm... alhamdulillah. Batuk dia pun doktor kata ok. lega sikit. dapatlah ubat antibiotik dan demam. ubat lagi... hihihihi.. dah la susah nak makan ubat. sian anak mama nieh.. tapi pelik? dia xbg ubat sapu ke?? erm... setakat nie, demam humaira da semakin better. Masih ada batuk2 lagi tp berkuranganla. Hope tiada lagi sakit2. 

Pastu kitorang terus cari pengasuh. Abang da cari di internet pengasuh area taman melati. Abang  kata nama dia Pn. Sauna. Kiter biler dengar nama tu cam pelik jer. As usual, kiter wat donno ajer lah kan. Pergi sana, rumah tu perumahan guru. Hati nie lega sikit coz terasa terjamin keselamatan kalau nak hantar. Tengok box mail dia nama suami Ader Khan.. erm.. isteri ada SM .... sauna.. alamak!!!! hahahaha, tergelak besau diri ku pada abang. Abang da tersengih2.. nak xnak, naik je lah coz da btau orang tuh. Depan pintu... mak ai, banyaknya kasut dan selipar.. erm, pas bg salam pintu dibuka oleh budak sekolah rendah dan khan khan.. kiter pun masuk dan memang sah!!! Ada kelas tambahan di rumah cikgu tuh.. em, tersengih2 tengok abang. tapi, orang tuh ok. cuma dia pun bantu hubby dia mengajar kelas tambahan dan ada lagi la budak2 lain. ramai jugalah dia jaga. kiter just borak2 biasa jelah.. kang nampak sangat kiter kurang selesa kan. pastu kitorang kata, pas raya baru nak anta. walauapa pun nnt kitorang bgtau.

Terpanjang akal kitorang nak tnya mak guard tuh. Abang ler turun kete tnya. hihii.. orang tu bg tau ada 3 dan mencadangkan jumpa kakak fieza nieh. Kitorang pun pergilah situ. Tingkat 2! perg... lama xnaik tangga. tercungap2 juga lah. Naik jer, cikgu roslan yang buka. katanya da ramai, tp depnd pada wife dialah coz wife dia yang jaga. kiter tgk cikgu tuh cam pernah jumpa. di mana ye! erm... so, kitorang tunggulah wife dia coz  masa kitorang sampai kak fieza tengah solat. 1st masuk terasa sejuk je rumah nie. akak tu kuar dan dia pun kata ramai kat sini and tgh jg baby 3 bulan. kiter pun, cam patah ati gak lak coz terasa cam selesa jer. tgk akk tu pun cam kenal jer.. tp di mana ye!??? kakak tu tgk humaira dan dukung humaira. tgk baby cam selesa jer.. and kakak tu pun kata, baiknya dan lembut.. and nak jg tuh bolehlah. kite pun da riang sikit.. hihihi.. kiter cepat2 cakap kat kakak tuh, xpe kak. kalau sudi jaga humaira mbe pas raya baru kitorang anta. and akak tu pun bg no. phone dia sekiranya kitorang nak recomfrm. Lega... ntahlah, rasa selesa kalau kakak tu jaga humaira. akak tu pun nampak lembut jer. tengok anak dia pun cam boleh jaga humaira. hope mereka setuju dan abang pun setuju.

Oklah, dah jam 2. time keje... hihihi.. nanti kiter citer2 lagi ye!

No comments: