16 June 2010

Alam Perkahwinan Siri 1

Salam Semua,

Kiter nak gak la selit-selitkan al-kisah alam perkahwinan ni memandangkan biler time nak cuti sekola jer mesti ader majlis kawinkan.. termasuklah adik kiter syahrul yang telah pun ijabkabul dengan pilihan hati dia Fariz pada 28 May baru-baru nie. Nak tengok gambar majlis dia just click link nie http://www.facebook.com/album.php?aid=2061338&id=1123337866&l=7726c21594 coz kiter dah upload kat situh.

Perkahwinan ini adalah alam kebahagiaan iaitu jalan yang disyariatkan oleh ALLAH seperti yang telah disebut dalam surah Ar-Rum ayat 21

"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-NYA, bahawa dia mencipta isteri-isteri bagi kamu dari jenis kamu sendiri, supaya kamu hidup bahagia dengannya, dan dijadikannya antara kau (suami isteri) perasaan kasih sayang dan kasihan belas. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir"  

Dan Rasulullah SAW pun ada bersabda "Kahwinilah akan perempuan itu kerana 4 perkara iaitu hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dari kalangan mereka yang beragama nescaya akan selamat".

wahhhh berceramah agama plak kiter... actly kiter amik petikan nie daripada buletin PUSAT ISLAM Universiti yang dilaporkan oleh Tn Ahmad Fahme Mohd Ali. so, kiter nak share la skit2 artikel nieh.. Kepada Lelaki, of coz tanggungjawabnya terlalu besar... memberi nafkah zahir & batin pada isteri dan anak2. Zahir of coz tempat tinggal yang selesa, makan & minum, pakaian, perbelanjaan harian, keselamatan dan sebagainya. Wajib tau! tapi mengikut kemampuan. ada kes yang kiter nak citer tapi bukan memburukkan mane2 pihak dan nama yang kiter isi tuh bukan nama sebenar tau! jus utk share sahaja. mana yang baik kiter ikut, mane yang xbaik kiter tinggalkan. citer nie daripada masa kiter kursus kawin hari tuh dan kawan2 n family.... Nafkah batin plak, selaian perhubungan kelamin suami isteri, kasih sayang, kejujuran, keikhlasan, keprihatinan, tanggugjawab dan yang berkaitan dengan perasaan pun adalah berkaitan dengan nafkah batin... so, ingat ek para suami!!!!... manakala si isteri, jagalah tingkahlaku, hal-hal isi rumah (hal suami), taat pada ALLAH dan suami, membantu suami dan sebagainya... itu yang telah dikatakan oleh ustaz, ustazah kiter masa skola dan diperingatkan semula oleh penceramah kursus kawin ari tuh... oklah, td kiter nak citer kisah2 tuh kan.... kisah tuh berdasarkan siri nanti ye!!!... wahhhh bersiri gituhhhh...

No comments: