29 January 2009

Dengarlah Cerita Ku

Aku Sebagai PA (Personal Assistant)

Ditugaskan sebagai PA tak semudah yang kita sangkakan. Mungkin bagi pendapat orang "Ala.. jaga boss je".
Ini adalah tugas yang diamanahkan;
a) Bertanggungjawab kepada Ketua Jabatan
b) Menyimpan dokumen dalam fail yang berkaitan
c) Menyaring surat-menyurat ke bahagian dan individu berkaitan
d) Melayan pelanggan atau tetamu jabatan
e) Menguruskan surat-menyurat berkaitan dengan urusan jabatan
f) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Dekan, Timb. Dekan, Ketua Jabatan atau Penolong Pendaftar dari masa ke semasa.

Nampak mudah, tapi semuanya terpulang kepada pelbagai kemahiran. Tapi, oklah. Nasib belajar komunikasi dulu kan. Lebih kurang macam orang ambil bahagian dalam PR (public relationship). Masih bersyukur kerana berpeluang untuk belajar pelbagai aspek dan tak lokek memberi ilmu kepada orang lain. Itu yang penting, kan? Kerja akan mudah jika antara pengurusan sentiasa saling memerlukan. Menjadi susah bila hanya satu pihak sahaja yang menjalankan tugas. Yang lain hanya tunggu bak kata pepatah "tunggu rezeki jatuh dari langit". Ada aper, Hujan.. hikhikhik...

So, far.. Boss ok, sentiasa memberi tunjuk-ajar dan bimbingan. So, apa yang kita terlupa, dia akan tolong ingatkan. So, bila bos terlupa kita as PA kenalah ingatkan. Kan?? Tapi, bukanlah mengambil kesempatan atau istilah BODEK. Tiada istilah itu dalam bekerja. If kita ikhlas, INSYAALLAH segalanya akan dipermudahkan. Cabaran/dugaan, biasalah.. dalam mana-mana arah kehidpuan kita pasti ada kan? samada kita boleh terima atau tidak sahaja. Tapi biasalah, aku pun manusia biasa juga. Ada masa boleh terima, ada masa susah untuk diterima. Ikut perasaan la di katakan. tapi, biasalah... ESOK BUKU BARU. SO MULAKAN DENGAN KEHIDUPAN YANG BARU. hihihi.. Tapi, yang masalah sikit untuk cuti atau aktiviti peribadi. memang agak susah skit. sehari kita cuti ibarat sebulan jadual boss x dijaga. 2 hari cuti??? ha, camtulah maksudnya. Balik dari bercuti, bertimbun-timbunlah kerja yang perlu diambil tindakan segera. Penting tu! Nanti jadual boss ntah ke mana, kita ntah ke mana. Kan?? Kalau boss senang, kitorang lagilah bertambah senang. thanks boss.. hihihi..
Aku Sebagai Sahabat Sebagai manusia biasa, memang tak lari dari melakukan kesilapan. Tapi, sebagai sahabat sebaik mungkin ku jalankan tanggungjawabku sebagai sahabat. Mungkin tidak sebaik insan lain atau tak sesempurna seperti insan lain. Namun aku ingin menjadi sahabat dan memiliki sahabat. Sebagai sahabat, umpama cermin kepada dia. Umpama lilin, umpama sepasang kasut, umpama sebuah rumah, umpama sepohon pokok, umpama ombak dan pantai, mungkin irama dan lagu. Yang paling indah dapat menjadi sahabat seperti Rasulullah S.A.W atau sahabat-sahabat Rasulullah. Tak salah untuk mengikutkan? Memang kita perlu mengikut sunnah Rasulullah. Tapi, setiap perlakuan atau tindakan dan penerimaan orang berbeza-beza. Tak semua insan akan menerima kelemahan kita atau kelebihan kita. Kebiasaannya kita akan rasakan kita adalah terbaik berbanding orang lain. Inilah lumrah dalam kehidupan samada kita menerima atau menolak sesuatu. Bagi ku, diriku amat menyayangi setiap insan di sisi ku walaupun ku ditinggalkan, dihina, dicerca, disayangi dan sebagainya. terima kasih menjadi sahabatku.

Di zaman tabika, memang tak ingatlah siapa sahabat ku. Tapi di Sekolah Rendah Kebangsaan Jengka Pusat. Kawan ku ramai, tapi yang masih ingat Lizana, Mutia, Huda, Aina, Klong, ish ramailah.. Kami nie memang kemana sahaja akan bersama. Tapi paling xbes diorang mesti tertukar nama aku dengan Lizana. Last-last panggil aku nana jelah.. Seronok zaman sekolah nie, tapi aku cam biasalah. Boleh keluar umah kul 6 petang. Balik sebelum pukul 7 ptg. Uish... Ketat betul undang-undang yang parent aku cipta nie. Pernah lewat 1 minit je, kena kunci dari luar.. kami tak boleh masuh umah.. waaaa... aper lagi, nangis cam-cam lagu tau tak. Kelakar tul! Nak main plak, tak boleh jauh-jauh. Siap wat limit lagi kat mane tempat yang boleh kami main. Kekadang tengok je dari jauh. Paling tak best, balik umah baju kena bersih. Kalau kena lumpur... habislah, bukan hanger jer, batang paip pun ader. So far, xpernah kena lagilah. Kalau cubit ader.. sakit tau... Pernah adik aku syahrul tuh best fren dia udin, kena ikat kat pokok kelapa depan umah. hahaha... masa tu kesian pun ada, geram pun ada suka pun ada. Mana taknya, nakal betul dia masa kecik2.. Yang kelakar time raya. Siap dua kali datang umah nak duit raya. Hahaha.. Kawan-kawan semua masih jarang ditemui sekarang nie. Yelah, semenjak parent berpindah di Temerloh. So, agak susah sikit nak balik Jengka. Amik masa hampir 1jam la nak sampai bandar jengka nie. Tapi, sentiasa ingat kat diorang nie n mendoakan yang terbaik untuk diorang.

Di ma'ahad as-sultan ahmad shah ad-dini jengka pun sama. ramai kawan. suka berkawan kan. tapi yang ingatnya g'ah, che'pah, diana, zura, yani.. ish ramai lah.. maaf ye tak sebut kawan2.. sejak demam panas dlu.. memang xingat sgt.. rindu betul. adatlah berkawan masa zaman sekolah, ader je kecil ati. tapi, kami kawan balik.. hihihi.. paling sronok bila bawa bekal balik asrama, n kami makan sama-sama. ingt lagi... seronok betul! g class stdy sama-sama.. dan paling best bila dengar ceramah arwah ustaz mohd long masa pas solat magrib. seronok tul saat tuh. kenangan yang xkan lupa masa takde air kat hostel. ramai-ramai g mandi kat sg. jengka.. hahaha.. sg jengka tuh setakat buku lali je tau.. kelakar tul! yang kawin dahulu antara kami shbt baik nie zura. alhamdulillah, da sampai seru dia kan.. pastu g'ah. tak sempat nak pergi majlis diorang nie. ikutkan ati, nak sangat2.. tapi doa sentiasa mengiringi hidup sahabat2 ku.

Di TMDC jengka, cam biasa semua orang kawan aku. hihihi.. zarina, zurina, miedah, seri, dll.. ramai... dua orang sahabat kami Yunus dan Nasir telah pergi. Al-fatihah. Zarina dpt baby da kot. Midah kawin tahun lps.. seri pun da ada 2 orang anak tak silap. Kebanyakkan rakan-rakan di tmdc da kawin. Alhamdlh, bila la dapat berjumpa dengan diorang semua nie. Jeri pun ada baby lelaki. Lama gak tak contact Am.. Kami semua ni da ibarat adik-beradik. Susah senang bersama. Walaupun rumah ku dekat dengan kolej, berkeras dengan parent nak tinggal asrama. Pada mulanya parent agak kurang bersetuju. Hihihi, aku nie degil.. Tapi dalam ati nie, kesian plak kat ma n abah aku wat camtu. hihihi... Ingat lagi masa kami g Teruntum Kuantan, Em.. Memang best singgah pantai. Cam biasa, aku nie segan skit nak mandi bila ada lelaki. Sian jeri, tak mandi sebab nak teman aku. hihihi... Tak kisah pun, memang sronok duduk2 tepi pantai nie. And paling tak dilupakan semasa kami as Kelab Kembara pergi ke Gunung Senyum. Ish, suka sangat. tapi boleh ke aku??? kami naik bas ramai2 ke sana. Cam biasa aku duduk berhampiran dengan arwah nasir. Erm, kami memang agak rapat sikit. Tapi yang aku paling rapat masa tu, Niezam (suzikon) hihihi... Rasa senang bila tengok dia dan berkawan dengan dia. Sebab dia kelakar... Masa dengan arwah, siap nyanyi lagu JIKA. hihihi.. satu bas nyanyi. Aku tak reti sangat tapi juz enjoy la lagu tuh. Sampai sana kami pasang khemah. Seronok, tapi aku tengok jelah. Tak pandai sangat. And macam-macam aktiviti kami jalankan. Paling seronok masuk gua lah. Yang kelakar, nak langkah parit pun aku takut. Camne tuh?? menyusahkan orang betul. Sampai semua orang tunggu aku. Hahahaha... Maaf le kekawan. Pastu inilah perasaan pertama aku ke gunung. Tak pernah pergi pun coz parent aku tak galakkan ku pergi. Seronok... tapi, takut.. takut ader pacat ke, ulat2 utan ke, duri ke.. ish.. memang takutlah.. sampai gua telaga 7 memang rezeki kami ada air. kekadang takde air. Masa redah je telaga tu terfikir gak, ader lintah ke, ular ke.. ish.. redah ajelah. As Majlis tertinggi kelab kena berani. hihihihi.. Pastu masuk gua yang banyak kelawar.. Eee.. Busyuk betul.. Cahaya bulan pun best.. Cantik je. tapi masa keluar kan gelap, so pegang kuat tangan miedah. Penakut gak rupanya aku nie.. Hihihi.. Keluar je, rupanya tangan Am. hihihi. bila masa aku pegang ntah.. Cepat-cepat aku tarik. Am senyum je. Hihihi.. Kelakar betul! Masa sampai satu tempat, terasa jari nie pedih sangat. Bila aku tengok, darah... mak.. darah tuh... rasa nak pengsan.. Semua panic terutama jeri. Hihihi, bila tengok jari aku semua orang ketawakan aku. hampeh tul depa nie. aku tengah sakit2 diorang gelak kat aku. Bila tengok jari aku diorang cakap, kena jarum suntikan lagi sakit. Hampeh tul la diorang nie. Jeri la sibuk carikan apa2 utk balut luka nie. Terus je tak de mood nak masuk mana2 gua. tunggu je kat depan.. hihihi sbenarnya bukan xde mood. kena merangkak masuk dalam.. mula-mula tunjuk beranilah merangkak.. erm, xsampai 3 langkah merangkak ku cepat-cepat kluar. Diorang ketawakan aku je kerjanya.. eeee... takut tuh! n mbe geli kot.. hihihi.. macam-macamla kenangan dengan dioran nie.. aku ingat lagi masa aku nak berhenti kolej tuh. Aku tak beritau diorang, takut diorang sedih n menuruti aku. Aku senyap je... n diorang tau masa aku da separuh jalan melangkah keluar. Berlari diorang dapatkan aku.. em.. xnaklah citer.. sedih...

Di Perpaduan, aku pada mulanya ditawarkan di Perpaduan Desa jaya daerah maran. Ma yang banyak membantu aku untuk bekerja di bidang nie. Memang ikutkan tak minat sangat mengajar. tapi kerana budak2 aku nak je.. Hihihi.. dan teringat kat En Hashim. dialah yang banyak membantu aku dan dia gak banyak minta bantuan aku untuk menubuhkan rukun tetangga. Siap dia cakap, jadi lah asstn dia di maran. tapi, aku takut lah.. sorang2 kat maran.. eee... berjauhan ngan ma n abh. tak retilah.. da lah dekat kubur cina.. eee... lagilah aku takut.. aku abaikan tawaran en hashim n biarlah aku tolong dia secara jarak jauh.. tolak tuah betul aku nie.. takpelah.. n en hashim banyak memberi nasihat kat aku untuk sambung pelajaran aku. Dia kata, aku muda lagi. if da abis study dia sruh aku apply jd bos dia di perpaduan maran nie. aku ketawa je.. dia boleh uruskan. erm, aku pun apply la.. and dia nasihatkan aku tukar dekat dengan tmpat belajar aku. lagi skali cam aku takut. Boleh ke?? lama2 aku fkr gak, sampai bila aku nak hdp takut je.. aku trylah. n dapat tawaran d kelas daerah briekfield. memang jauh la gak nak g sana. aku merayu untuk tempat yang lebih mudah. dapatlah kat kelas tabika desa tun razak daerah cheras.. puas gak mencari sorang2 nie.. akhirnya bertemu gak.. aku Kmoon, Ksalmi, Kgayah, Kshidah, Kros, KAzie, K.eila n Kak aper erk?alamak, tak ingatla plak. Erm, tapi ada 6 kelas masa tuh n 3 sesi. Aku kena jaga sorang2 masa tuh.. Alamak, boleh ke??? setahun baru la Kros ditukarkan ke kelas aku.. Tinggalla 4 kelas coz 2 kelas lagi kena ke tempat lain. Nampak muka en hashim menangis.. Sedih betul bila dia wat ari perpisahan untuk aku. Sedih tau... And di sini, aku mengenali En Zulkifli. Dia kelakar, dialah menggantikan kisah aku dengan en Hashim.. hihihi.. 4 kelas sebelum aku tinggalkan adalah Kros, KNorzi& Kazie, Kmoon&Fiena, Knizah&KEila.. Ish.. sayang betul kat mereka. Sentiasa menjaga aku dan memberi nasihat kat aku. Kenangan dengan diorang memang tak kan lupa lah. Masa g langkawi dlu.. Best... kan??

Di UPM... hihihi jangan marah erk.. seronok kawan-kawan dengan diorang nie. tapi paling rapat Kyan, kwawa, pija, abg krol, abg ewan, abg azry n fahmi. Fahmi xsilap katanya da jadi cikgu. Tak pastilah betul atau tak. Abg krol stil kat UPM, abg azry PTD n abg ewan baru je sambung KPLI. P-ja da terbang ke sarawak as cikgu disana. Kwawa pun cikgu tapi xpasti mengajar di sarawak juga tau ditempat lain. Kyan masih di UIA. n me... di UPM nie lah... Abg krol, Kwawa n Pja da selamat berkahwin. Alhamdlh.. kami yang single... hihihi... sayang sangat kat diorang nie. Ingat lagi, ponteng g sure heboh (jom heboh). Sampai demam la.. Stdy group nak amik exam.. last minit baru baca, ghahahahha... n g picnic di lata jarum, raub pahang. best sangat2.. n pernah la g chongkak tak silap wat BBQ. Apapun, kami tetap bersama walau ke mana jua dunia kami. Masa mula aku melangkah di UPM, aku mengenali Hanum. Kami berkawan semasa tengah sibuk2 cari borang. Semasa beratur barulah berkawan dengan pija. hihihi.. Kelakarkan... Dengan kyan yana kenal masa dalam kelas. Masa dalam kelas duduk dekat abg faizal. Abg faizal la yang pesan kat aku berkawan dengan kyan nie. Abg faizal kata kyan tu baik. yana tengok cam garang je kyan tuh.. takut... abg faizal gelak je, dia cakap xgarang, yana kenalla dlu. Aderlah kawan abg faizal sebelah tu senyum2 je.. baru lah aku tau rupanya abg kyan (abg kama) patutlah... hampeh tul... hihihi... Bila da berkawan, oklah.. Baik orangnya. Nampak pendiam, tapi bila da kawan dia plak yang lebih cakap berbanding aku nie ha.. Kami rapat ngan kwa masa grouplah. Kwa yang merapatkan lagi antara kami dengan abg krol, abg wan dll. So, dengan xkenal antara satu sama lain kitorang mengikut kyan sekluarga g genting. dari situlah kami menjadi shabat. hihihi... Kyan memang jenis yang ikut je rentak orang. Pija nie ganaz skit. tapi dalam masa yang sama, sama je ngan aku. penakut.. hihhihi... kwawa, nie lain skit. nampak ganaz tapi lembut orangnya. Ngan kwawa nie kena berhati-hati dalam kata2. Nanti dia kecil ati. Mbe memang camtu kot orang sarawak. Walau pelbagai rintangan kami hadapi, suka duka, gaduh, kecil ati.. kami tetap kawan. tags kami masa tuh.. "Masalah tolak ke tepi, yang penting ENJOY". hihihi..

Di tempat kerja... ada boss, staf akademik n non acadmic. So far, mereka ok.. tapi masih as kawan sekerja.. Ada Cha, Umiey kat dalam bilik pentadbiran. Aku duduk kat Bilik Ketua Jabatan.


Aku Sebagai Kekasih

Memang tidak dinafikan, semua insan amat memerlukan kasih sayang, cinta, ketulusan, kejujuran dan sebagainya. Ingin menyintai dan dicintai. Kan? Masih bersyukur kerana berpeluang merasainya. Bagi ku, perasaan cinta dan kasih sayang ku bukan senang-senang untuk ku tawarkan atau terima kepada sesiapa. Bukan jual mahal wo.. Tapi, bagi ku hanya untuk dia. PUTRA KAYANGAN KU.. hihihi.. ader ke??

Pernah menyayangi si dia sewaktu zaman persekolahan dulu. Bila ditafsirkan, rupanya perasaan pada si dia hanya sebagai sahabat. Dizaman kolej, berjumpa dengan insan yang sentiasa menunggu ku sehingga feb lepas akhirnya si dia diijabkabulkan dengan insan yang difahamkan kawan sekolahnya dahulu. Itupun, kawan si dia kenalkan. Aku bukanlah sekejam manusia untuk mempermainkan perasaan si dia. Dengan sejujurnya ku mengatakan padanya, carilah insan lain yang sebaik untuknya. Bermula dari si dialah, akhirnya ku sambut untuk melakukan ISTIKHARAH. Kali pertama solat ku, tiada apa yang ku rasakan unik untuk diceritakan. Kali ke-2, tak dinafikan memang si dia hadir dalam mimpi ku. Ramai lelaki mengejarku dan kerana penat berlari ku pengsan. Betul-betul si dia sambut ku dari terjatuh dan mencium dahi ku. Bila ku sedar, azan subuh berkumandang. Mimpi tu betul-betul menakutkan ku, ye lah. mana ada lelaki lain selain keluarga ku nak sibuk-sibuk cium orang. Masih tak yakin, kali ke-3 ku solat. still mimpi yang sama. Tapi, nape perasaan ku rasa tidak???erm...

Kerana ku masih ketakutkan, saje bertanya pada ibunda. ma cakap, kekadang itu hanya perasaan. Nak solat istikharah nie, kita kena betul-betul berada dalam keadaan tidak memikirkan sesiapa pun dan berserah pada ALLAH dan hati kecil kita betul-betul puas mengatakan betul tanpa rasa was-was.

Terdetik diperasaan ku untuk melakukan lagi istikharah. Kali ke-4 nie... memang berbeza dari apa yang ku alami. Betul! Xtipu nie.. Dalam drama tuh.. hihii dalam mimpi tu, aku dalam train. Tak silap bukan cam komuter tapi LRT la. Dalam train ada kelibat pakaian serba putih. putih bersinar cam iklan dalam tv. tapi xnampak muka dia. and datangla seorang insan tuh, tapi memang tak perasan lelaki atau perempuan, dia bagi cam buku skrap la. insan tu cakap orang serba putih tu bagi dan dia cakap bacalah kalau terima dia, pulangla buku skrap nie pada dia if tak terima simpan lah buku tuh. Yang geramnya, tak terbaca plak apa yang tertulis dalam buku tuh. Ku turun dari train tuh tapi pergi cari kelibat tuh. Yang kelakar camne ntah boleh berada dalam satu kendaraan dimana kelibat tu hantar ku balik rumah dan melalui bawah flyover ada semak-semak sikit dan agak berbukit sikit. Pastu aku terjaga. Kelakarkan.. Sebab tak pueh ati lagi aku wat lagi sampai kali ke-6 solat ku, masih begitu juga mimpi ku. Akhirnya dengan yakin, aku tidak melakukan lagi. SIAPAKAH DIA???

Masa 1st time pindah ke desa tasik, rumah flat. Kyan ajak yana n pija teman dia gi gathered EDI Collage di Tasik titiwangsa. Berbuka puasa di sana. Kyan pernah cakap kat aku nak kenalkan pija dengan kawan dia. So, kita pun on je lah. Malam tu kitorang ponteng class ikut kyan g makan. dengar steambot laju je lah. Cam biasa, aku memang kekok skit bila berada dalam majlis orang. tapi bila nampak je makanan tuh, kekok da hilang. hahaha, kyan kat sebelah pun da tak perasan. jangan marah da... cam majlis tu aku yang punya. Masa nak amik udang lagi, ader lah ku nampak mamat sorang nie ha.. masa tu dia pakai baju merah. Masa tengok dia, cam kenal je mamat nie. tapi dimana da??? juz senyum-senyum kerang busyuk. tiba-tiba jantung nie, ya ALLAH. Tuhan ku nie je tau. tapi, bila da sampai kat meja tempat ku duduk tuh, da tak ingat hal tuh. hahaha. dasyat tul. Sesi bergambar kyan dengan kawan-kawan2 dia. ternampak mamat tuh pun ada skali. o.. kawan kyan. agaknya tengok dalam gambar kot. (sedapkan ati).. xsilap majlis tu bln 11/2003.

Kehidupan cam biasa n sehingga la awal bulan 1 kyan cakap, ader orang nak kenal dengan aku. biar betul minah nie, aku da cakap tak nak fikirkan lagi hal tuh nak kenalkan orang plak.. hahaha.. sedangkan masa tu aku masih kesian kat si dia yang masih menunggu jawapan ku untuk terima dia. tapi, mulut nie ringan je cakap kat kyan. sape? kawan ok kot.. yang kelakar kyan siap minta maaf kat aku sbb da bg nmbr tefon aku kat mamat maner ntah... as usual sentiasa memaafkan kyan. tapi, tiba2 aku rasa.. takpe... masa tuh, kyan cakaplah sape orang tuh.. nazril, sama umur dengan kyan n sama kolej dengan kyan dlu. mula2 tuh tak dapat cam la mana satu kawan yang kyan nak kenalkan tuh. yelah, ramai gak kawan kyan yang datang dlu tuh.. erm, bagi aku.. masih trasa kyan cam nak permainkan aku. yelah, nak tengok aku nie betul2 ke tak nak fkrkan bab2 cinta nie. hahaha.. akhirnya aku bertemu dengan mamat yang kyan nak kenalkan sangat tuh.. yang kelakar, takde tempat lain ke yang romantic skit ke.. kitorang berjumpa di LRT masjid jamek. tiba-tiba perasaan tuh, menakutkan.. gerun kot.. kyan, pja dll sbuk makan2 kat umah abg jali xsilap. turun dari lrt tuh, dia da ada disitu. memang cam pernah tengok mamat nie. Dialah insan yang pakai baju merah dlu tuh.. hihihi... memang agak segan skit. masa tu tergagap2 nak panggil dia nie aper? abg?? ish? abg nazril.. ish, kelakar tul. tak kan awak kot?? erm.. xpelah, dengar jelah dia bhskan diri dia aper.. Dia bawa aku g makan di MC'D berhampiran. Sebab aku nie jenis xkuat makan, minta funfries jelah. hihihi.. lagipun malulah.. sepatah-sepatah kitorang berbual. bila ingat balik, kelakar plak. pastu dia ajak g tengok pameran islam. So, kami menghabiskan masa kat sana.. n balik. hihihi..

2nd dating kami, kami berjumpa di KL Sentral. Katanya, dia nak serius bukan sekadar kawan. Alamak, camne nak cakap nie... aku??? nape plak ringan mulut aku cakap, terpulang.. biar betul! ko tak kenal pun mamat tuh... alamak... camne nie??/hihihi.. kelakar betulkan. tempat pertemuan kami KL SENTRAL..cam tak percaya...
hahaha.. punyalah kyan nak aku percaya, siap printout lg YM antara diorang menceritakan hal aku. kelakar tul.. next dating ader yang kyan tolong aturkan.. ish ish.. pandai betul kyan jd macthmaker nie kan.. n akhirnya kitorang sendiri aturkan. terima kasih gak kat kyan yang sentiasa membantu ku. dan kyan pun ader kisahnya.. tapi, xperlulah diingatkan yang sedih tu kan kak? sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kyan juga.. amin... Pernah masa kami dating dulu, kat KL Sentral aku tak perasan jam hampir kul 10. Kelam kabut kami nak balik. Abg nazril cam tak bagi aku balik sendirian. Risau katanya sebab masa tu susah nak dapatkan transport di LRT Tasik Selatan. Aku cakap, xpelah. Aku boleh balik sendiri. Dalam hati tu, takut gak.. tuhan je tau. Dia berkeras nak hantar aku balik, tapi perlu ambil keta kat umah dia dulu. Alamak, aku cam biasalah. Menolak dan menolak. Ader ke kitorang gaduh kat ramai-ramai orang sebab nak balik je. hahahaha... ada gak yang menjeling arah kami nie.. last-last aku ikut jelah.. diam jelah... And dia cakap, sebab risaukan yana lah. Yana tu perempuan. Erm.. diam ajelah.. Sampai umah dia, aku tak nak masuk. Aku cakap aku tunggu kat luar.. Yelah, mana manis datang umah orang lelaki. Malam plak tuh. Nasib dia xmarah aku cakap tak nak. Dalam 10 minit, barulah dia keluar dan dia hantar aku balik. Kawasan dia keluar dari area rumah dia masa tuh, macam pernah aku lalu. Tapi, nielah kali pertama aku jejak ke Taman Melati nie.. Sumpah.. Tapi, cam biasa.. hati nie cam berdebar2 je... Tapi wat donno la coz kekadang tempat lain pun mesti ada sama dengan tempat nie kan... tapi betul, tiba2 jantung nie berdegup. nape ya???

Tak lama selepas tuh, si dia cal untuk meminta aku sudi menerima dirinya.. Erm, aku terpaksa menolak kerana aku menerima insan lain dan bukan dia dan mendoakan dia bertemu dengan insan yang terbaik untuk dia. Dia tetap berdegil dan tetap akan menunggu ku. Erm.. masa tuh aku tengah baca apa yang kyan printout untuk ku baca.. n ketika si dia sebut dia menunggu ku kerana istkharah dia.. aku terkedu... teringat istkharah ku.. terkaku ku baca yang kyan printout dan teringat tempat yang aku lalu kat umah abg nazril ketika dlu... tanpa aku sedari hp aku tiba2 terjatuh... trasa meremang betul dan sejuk seluruh badan ku. Terus ku off hp n apa lagi, tarik slimut lah.. 3 hari demam.hahaha.. ksian kakak2 kat skolah tadika tuh risaukan ku..

Perhubungan ku dengan abg nazril, alhamdlh. walau ada rintangan dan cubaan n dugaan, mungkin adalah untuk ku mengenali dirinya. Dan mungkin hanya kebetulan dengan istikharah ku. Sape yang tau hanya ALLAH. Yang mampu hanya berusaha dan berdoa. kan??
Aku Sebagai Kakak

Hikhik... Sebagai seorang kakak nie, biasalah. Mesti kena tegas.. uiks?? ye ke?? hahaha, tak semestinya. Sebagai seorang kakak sama seperti keadaan kitalah sahabat. Tapi tegas ku aku nie?? hahaha.. Aku ada 4 orang adik..

yang ke 4) Syahrul : Sekarang nie bekerja di INTROP. Oklah tu, hensem tau.. lahir 2hb feb 1985
yang ke 5) Onie : Dia masih belajar kat Kuantan. Sekarang nie comeylah.. garang gituh.. Dilahirkan pada 26 Mac 1987 yang ke 6) Nas : Belajar kat kolej komuniti kuantan. Baru je masuk awal januari arituh.. Dilahirkan pada 10 Mei 1990 yang ke 7) E'in : Budak montel nie ha. Tingkatan 2 di Al-wosto dilahirkan pada 8 Jun 1995 Mereka nie ada masa nakal, ada masa degil ada masa kelakar. Biasalah, xsemestinya nak happy je kan? apa pun sentiasa mendoakan yang terbaik untuk adik-adik ku yang tersayang.Aku Sebagai Adik

Sebagai adik, seronok aper.. buli kakak ajelah.. uiks.. tapi kakak yang buli adik nie.. hahahah.. ada 2 orang kakak. Yang amat menyayangi mereka. tapi, masa kecik2 suka gaduh ngan koi..

yang sulung : Along dilahirkan pada 10 April 1976 Cikgu di Shah Alam. da kawin and ada sorang anak yang kami panggil boboy. Dulu Along belajar di Jordan. Pernah gak la jadi lecturer ku masa dikolej TMDC. Along nie, dulu memang jadi penyelamat abg syah. Hihihi.. biarlah dia kena pukul jangan syahrul yang kena.. mana taknya, syahrul nakal betul! along selalu kecil ati kata dia gelap.. ala, dia lahir tak ckup bulan memang ler camtuh..

kngah yang kedua dilahirkan pada uiks... besday dia ada 2.. tak adil. tp lahir 21 Dis 1977 tapi dlm ic 4 Jan 1978.. Not fair.. hahahhaa.. turut da berkawin n mempunyai putra n putri (kimie n didie). Kngah abis belajar dari UPM n bekerja di UPM gak.. hihihi.. tapi seblm tu kerja di BERNAS. Da kawin dengan bngah baru dapat peluang bekerja di UPM. Kngah nie dlu garang... memang garang. tapi paling best bila dia jadi mak karut... hihihi.. memang citer dia betul2 cam realiti lah... kelakar betul.. walaupun kngah garang, tapi peminat ramai ooo... samalah cam along tuh.. nampak je cam lembik, tapi peminat ramai.. Bagi bunga la, coklat la, aiskrimla. Siap ader mamat sorang tuh nyanyi kat ma.. hahaha lagu o mak siti saya sayang anak makcik. hahahaha...kelakar bila ingat zaman remaja diorang nie.. aku la paling best.. nak kakak, mestila tackle adik dulu.. hahahaha.. memang best! zaman remaja aku??? hahahha, rahsia... bukan jual mahal.. tapi.. naper erk?

Diorang nie ma cakap macam kembar. Dari kecik suka benda yang sama termasuklah pakaian, makanan dan lain-lain. Dan paling kelakar, if along tefon ma n abh. tak lama pastu mesti kngah tefon gak. Ajaibkan? Biasalah, adik-beradikkan.. Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka nie.. tapi ada sorang lagi kakak angkat ku. sape lagi..

Nor Izyani Malek yang dilahirkan pada 3 Julai 1979. Dia as my sis, menjaga, membantu, gaduh.. hihihi.. turut mendoakan yang terbaik untuk dia..


Aku Sebagai Anak Ma & Abah

hihihi, aku anak ke 3 kepada Palahuddin Talib n Siti Nor Lily Ishak. Besday Abah 31hb Mei 1952 dan ma 25 Nov 1958. Sebagai seorang anak of coz kena hormati parent kan. Aku, biasalah ada masa melawan gak. Lawan-lawan pun mesti menangis. hahahah, murah betul air mata ku nie. Ma n Abah nie, adatlah dalam rumah tangga. Kadangkala hepi kadangkala bukan anjing n kucing da.. palestin n israel pun ader.. Tapi kami tetap try utk membahagiakan mereka. Sebab kami sayang mereka. Ma n abah selalu btau kami, tiada harta yang dapat kami berikan kecuali ilmu. Erm.. bukan itu yang kami pinta pun, kami inginkan kasih sayang je. Harta, kami cari sendiri. Kan? kan?? hihihi.. Diorang beli tanah kat area temerloh. Sentiasa doakan semoga mereka berbahagia... Muah muah muah...

Abah muka ala cina skit. Dimaklumkan moyang kami nie cina. aku nie bab2 kluarga nie da tak ingat sangat citernya. So, sori tak dapat citer lebih2. Walaupun dia garang dlu, tapi sayang bangat sama kami nie. Selalu beli coklat, makanan ringan n aiskrim.. abah dlu ma cakap, putih mmg ingat anak cina mana lah.. gelap masa abah keje di pertanian tak silap. Sekarang ma plak nampak putih berbanding abh. Abah buka biz sendiri di Jengka setelah berhenti keje koperasi. Dalam masa yang sama abah wat acct. Sekarang abah n ma mengusaha gerai makan di RNR Temerloh. Suka sangat diorang nie keje kat sana. kitorang sume tak bagi. Bukan kerana malu diorang di sana. Tapi, kerja di RNR penat. Keluar awal pagi balik lwt malam. Kesian sangat kat diorang. Tapi diorang da minat kan, xleh cakap apa lah.. Abah selalu jadi mangsa kami untuk wat kerja sekolah atau assgmtn. kalau dengan ma, jangan harap nak dapat jawapan. Ma memang suruh kami usaha sendiri mendapatkan jawapan atau kerja sekolah. Sampai la nie pun jadi mangsa oni plak untuk wat assgmt. hihihi.. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik dan keselamatan ma n abah.

Ma nie, dulu lembut n garang. Camne tuh??? hihihi, dulu if ada apa2 ma jarang nak meluahkan. Dia diam je. Garang dengan kami if kami tak belajar bersungguh-sungguh, tak ikut disiplin dll la. Ma dulu hitam manis orangnya. Cam lagu abah nyanyikan untuk ma.. Hitam Manis.. hihihi... Tapi, memang bangga mempunyai ma n abh. Semua orang bangga dengan parent diorang kan.. hihihi... Sayang ma n abh. Dulu masa along menghafal, ma ler tukang check betul ke idak. Ma dlu suka jahit baju kami nie.. ish, memang suka sangat la dapat baju nie. hihihi.. Mesin jahit dia macam-macam ader.. Tapi, xde sorang anak dia minat dengan menjahit. Setakat jahit biasa-biasa boleh la. Aku?? boleh ke?? hihihi... Ma dulu rajin wat kuih donat, karipap, masak2 la.. Memang hobi dia dulu. Memang masa kedai abah dalam keadaan kritikal, ma pernah cakap kalau susah sangat buka kedai makan. lagi best!.. ha.. makbul impian tuh... jangan tak percaya, ALLAH sentiasa mendengar luahan hati kita tau. cepat dan lambat je.. So, Percaya pada ALLAH tau. Ma n abah... Doakan kami sentiasa menjadi anak yang soleh n solehah n kami sentiasa mendoakan kesejahteraan n kebahagiaan ma n abah.

No comments: